PENERANGAN :
DEFINISI BACKUP
Backup merupakan proses mencipta satu set salinan program
atau data fail untuk disimpan
sebagai set simpanan keselamatan dalam satu medium yang kekal. Backup memudahkan
pengguna menyalin data-data penting dalam kumpulan fail yang besar dari ‘hard
disk’ kepada satu medium yang lain untuk kegunaan kecemasan apabila data asala
rosak atau hilang. Cakera keras merupakan
media penyimpanan data yang paling utama. Sekiranya cakera keras ini rosak, ianya boleh menyebabkan kita kehilangan data yang
telah disimpan. Bagi mengelakkan kehilangan data penting tersebut, kita perlu
melakukan backup data. Sekiranya fail data telah dibuat backup, kita boleh
menggunakan kaedah restore data untuk mendapatkan semula data yang telah
hilang.
PROSES BACKUP
Proses backup data haruslah dilaksanakan setiap hari.
Selain daripada data sistem, terdapat juga data-data atau maklumat yang
dianggap penting bagi setiap individu. Oleh itu, proses backup data perlu
dilakukan selepas setiap kali data selesai disiapkan, diubah dan dipindahkan ke
lokasi lain. Ini bermakna, proses backup data dibuat berdasarkan kekerapan data
itu bertukar atau berubah.
MEDIA MENYIMPANAN DATA
Saiz simpanan ialah 2GB (gigabyte) hingga 2TB (terabyte)
mengikut perkembangan semasa. Pengendalian adalah mudah. Ketahanan data adalah
antara 5 hingga 10 tahun bergantung pada keberkesanan simpanan.Terdiri daripada
SCSI, PATA, dan SATA.
CARA-CARA BACKUP
Proses
untuk melakukan backup bergantung kepada betapa pentingnya sesuatu data yang
telah disimpan. Proses backup dilakukan dengan menggunakan program atau utility
yang telah disediakan di dalam system pengoperasian. Terdapat juga perisian
lain yang digunakan untuk melakukan proses backup seperti EasyOffice backup,
Quicken dan anti-virus.
Juga
terdapat kemudahan backup yang disediakan melalui perkhidmatan online seperti
Connected Online Backup. Backup dapat dilakukan samada sehari, seminggu atau
sebulan sekali .
.jpg)
